Info Terkini

Monday, October 28, 2013

PAMERAN DAN PERTANDINGAN PROJEK PELAJAR SEMESTER AKHIR SESI JUN 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Pameran dan pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan elektrik telah diadakan pada 3 Oktober 2013 bertempat di Makmal Mesin Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan tersebut diadakan berdasarkan objektif seperti yang berikut :
  • Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  • Memberi ruang kepada para pelajar untuk membentangankan hasil penyelidikan.
  • Menarik minat pelajar-pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  • Mengeratkan tali silaturrahim antara pelajar dan staf Politeknik Sultan Idris Shah.

Secara umumnya keempat-empat objektif ini telah tercapai dengan jayanya di mana program ini telah berjalan lancar dengan bantuan dan kerjasama dari pelbagai pihak. Semangat berpasukan yang telah ditunjukkan oleh para peserta disertai dengan kehadiran panel penilai dari pihak industri mememeriahkan lagi program tersebut. 

Para peserta terdiri daripada 17 pasukan terbaik hasil daripada penilaian pembentangan projek EE601 pada 26 dan 27 September 2013, di mana satu pasukan merupakan pelajar-pelajar daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Perhubungan (DEP) dan yang lainnya daripada program Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer (DTK).  

Thursday, May 23, 2013

Klinik UPSR Didik Berita Harian : Penginapan Terhampir dengan PSIS

Sekiranya terdapat ibu bapa dari luar daerah Sabak Bernam yang berminat untuk menghantar anak untuk menyertai Klinik UPSR Didik Berita Harian di Politeknik Sultan idris Shah, terdapat bilik (asrama hotel) yang boleh disewa oleh ibu bapa.

Asrama (Hotel) tersebut terletak di Institut Perakaunan Negara (IPN), bersebelahan dengan Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), Sabak bernam Selangor. 

Kadar sewa bilik Hotel ini adalah seperti berikut: 

  • RM50 semalam untuk pekerja Swasta
  • RM35 semalam untuk kakitangan kerajaan

Thursday, May 16, 2013

Semakan Tawaran Kemasukkan Ke IPTA/Politeknik Premier 2013/2014 Secara Online


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Semakan Online tawaran kemasukan Ke IPTA/Politeknik Premier bagi program pengajian lepasan SPM atau setaraf, boleh mula dilakukan bermula pada pukul 12 tenghari ini.



Tentatif Klinik UPSR Didik Berita Harian


Tentatif Program (Sabtu 8 Jun 2013)

Masa
Aktiviti
8.00 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Melayu (Pemahaman)
10.30 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Melayu (Penulisan)
12.30 pagi
Makan Tengahari / Rehat
2.00 ptg
Teknik Menjawab Kertas Soalan Bahasa Inggeris
4.30 ptg
Minum Petang
5.00 ptg
Latihan Dalam Kumpulan - LDK
6.00 ptg
Bersurai


Tentatif Majlis Perasmian Program (Ahad 9 Jun 2013)

Masa
Aktiviti
8.00 pagi
Tayangan Tranformasi Minda
8.30 pagi
Pendaftaran Peserta
9.00 pagi
Teknik Menjawab Kertas Soalan Matematik
10.30 pagi
Minum Pagi
11.00 pagi
Teknik Menjawab Kertas Soalan Sains
12.30 pagi
Makan Tengahari / Rehat
2.00 ptg
Motivasi Kecemerlangan Murid
3.30 ptg
Majlis Perasmian & Penutup Program JKE EDU Fair
5.30 ptg
Minum Petang
6.00 ptg
Bersurai

Sunday, May 12, 2013

Klinik UPSR Didik Berita Harian

Klinik UPSR Didik Berita Harian akan diadakan di Daerah Sabak Bernam, Selangor berdasarkan ketetapan seperti berikut:

Tarikh dan Hari :  8 & 9 Jun 2013  (Sabtu & Ahad)
Masa                :  8.00 Pagi - 6.00 Petang
Tempat            :  Dewan Syarahan Utama PSIS
Yuran Penyertaan : RM130.00/peserta

Klinik Didik Berita harian ini dianjurkan bersama oleh Politeknik Sultan Idris Shah, Didik Berita Harian dan PPD Daerah Sabak Bernam, Selangor.


Thursday, April 18, 2013

Pengenalan Jabatan


Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Sultan Idris Shah mula beroperasi pada tahun 2004. Lokasi jabatan ini terletak di Blok E dan Blok EW, bersebelahan dengan Jabatan kejuruteraan Awam.

Pada masa ini Jabatan ini hanya menawarkan 2 Program Pengajian di Peringkat Diploma iaitu:
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komputer)
  • Diploma Kejuruteraan Elektronik (Komunikasi)

Jabatan ini dikemudi oleh seorang ketua jabatan dan dibantu oleh dua orang ketua Program. Berikut merupakan carta organiasi Barisan Kepimpinan JKE, PSIS bagi sesi Disember 2012

Monday, April 15, 2013

Laporan Pameran Dan Pertandingan Projek Pelajar Semester Akhir


Pertandingan projek pelajar semester akhir Jabatan Kejuruteraan Elektrik telah didakan pada 11 April 2013 di Ruang Legar JKE, Politeknik Sultan Idris Shah. Pertandingan ini diadakan berdasarkan kepada objektif berikut:
  • Menggalakkan pelajar menceburkan diri dalam bidang penyelidikan.
  • Memberi ruang kepada pelajar membuat pembentangan hasil penyelidikan masing-masing.
  • Menarik minat pelajar dalam aktiviti inovasi melalui pameran.
  • Memupuk semangat kerjasama dalam kalangan pelajar dan pensyarah.

Monday, March 4, 2013

POLITEKNIK SULTAN IDRIS SHAH JUARA KATEGORI SIMUROSOT , PERTANDINGAN ROBOT BOLA SEPAK PIALA DEKAN FTSM KE 3 2013, UKM


Tarikh: 24-28 Feb 2013

Tempat: Fakulti Sains dan Teknologi Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Pasukan Robot Soccer Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) melakar sejarah tersendiri setelah  berjaya menjadi Johan dan Naib Johan bagi dua kategori yang dipertandingkan dalam Pertandingan Robot Bola Sepak Piala Dekan FTSM ke 3 2013 anjuran Fakulti Teknologi dan Sains Maklumat, UKM, Bangi yang telah berlangsung pada 24-28 Feb 2013 bertempat di FTSM, UKM, Bangi. 




Gambar Pasukan Robot Soccer PSIS